10 muharram ~hari assyura~

Assalamualaikum...

alhamdulillah harini bt pertma kalinya aq dpt berpuasa pd 10 muharram...
sblm ni xpnh plak bt tp tahun ni alhmdlh hati aq terdetik tuk berpuasa..
tp jgn terslh plk ok sebb 10 muharram semlm tp aq puasa arini sebb dsunatkn puasa sehri sblm atau sehari slpas 10 muharram...oleh kerana aq dh terlajak sehari sebelum so aq bt la sehari selepas...ok bercerita pasal muharram iaitu hari assyura ni sbnrny aq pn bknla tahu sgt..kalu tau pn sebb aq cr kat pakcik google,kalu tak haram tak tau..
tp kalu korg2 pn tak tahu takpe kat sini aq share sikit untuk korang okeh...

Hari Assyura ialah hari kesepuluh di bulan Muharram (10 Muharram). Terlalu banyak kelebihan hari ini dalam sejarah kehidupan manusia dari zaman Nabi Adam sehinggalah zaman Rasulullah SAW. Ini menunjukan kebesaran hari ini. Pada Umat Islam pada hari ini disunatkan berpuasa.


DALIL

Hadis Rasulullah SAW :
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه
(متفق عليه)

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas lagi :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا
قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari �Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

Ok aq dah share dan korang pn dah baca dan mesti korg pon dah faham kan..so apa lagi lepas ni kalu teringat dan terdetik kat hati tu nak buat korang buat la ok..lagipun bukan lama,2 hari je..kalau sebulan boleh puasa takkan 2 hari tak boleh kn...huhu
Lepas ni kita suma buat ok dan semoga kita suma diberi keberkatan olehNYA....amin...

No comments:

Post a Comment